CERITA HANTU ASRAMA
Kisah ni terjadi semasa saya berada di Tingkatan 2. Sy dapat bilik kat tingkat 4. Kawan sebilik pula 7 orang. Nasib baik dapat kwn sebilik yg satu kelas dgn sy jugak. Sebelum kejadian tu.. sy dan kwn2 ada lah berborak dan ketawa2 selepas asar, ketawa sampai tak ingat dunia..huhu. Kitorang kat asrama wajib sembahyang berjemaah kat surau setiap kali waktu solat. Selepas habis jer solat isya' dan doa selepasa solat sy terus angkat kaki nak blah...malas nak bersalam-salaman lgi..sempat lah jugak keluar sebelum akak pengawas asrama tutup pintu surau...saya pun lari2 anak nak balik bilik lah masa tu...masa kat depan pintu bilik tu sy nampak bilik dah terang mcm dah ada org...tetibe dengar kwn sebilik saya ketawa beramai2..memang meriah lah...sy tak perasan lagi masa tu..dalam hati happy la.. sebab ada jugak kwn yg lg dulu angkat kaki dari surau, mesti ponteng solat berjemaah ni...bila bukak jer pintu bilik dan nak bagi salam, bilik masih gelap dan takde seorang pun kat dalam bilik tu..tetiba angin dari dalam bilik bagaikn menampar muka sy..nak menangis pun ada rasanya masa tu....dah rasa mcm nak pengsan..sebelum nampak bende yg lagi pelik sy kuatkan hati dan berlari sekuat hati tak pandang kiri kanan dah..laju sgt turun tangga...sampai jer kat surau sy terus terduduk kat depan pintu surau, masa tu jemaah surau tengah bersalam-salaman sambil bernasyid..yang tak boleh solat atau 'Datang Bulan' wajib ke bilik study untuk belajar..bilik study plak berhadapan dengan surau...so senang la akak pengawas nak cek...hihi..akak pengawas dr bilik study kuar then trnampak sy yang sedang memeluk lutut ketakutan...bibir memang pucat habis..akak tu tegur sy.." Eh, adik ni bt pa kat sini? Npa tak masuk dalam?"
saya hanya menggeleng jer....suara masih tersekat tak boleh nak kata apa...akak tu panggil kwn dia pulak..
"Kena lah budak ni..."
akak tu pun bagi sy minum air..tak lama kemudian, sy kembali tenang..saya ceritakan la perkara yg terjadi kat sy dari A sampai Z sambil2 nangis2..Akak pengawas tu senyum jer..pastu die kata mcm ni
" Tu lah...nak sgt jadi budak nakal tak nak habiskan aktiviti kat surau ni...kan dah kene"
hehe...sejak dari kejadian tu nak kemana2 memang berteman termasuk nak ponteng mesti berteman jugak...kalau sorang2 pasti ade la tu yg nak teman....
Penah tanya kat senior2 pasal gangguan yg jdi kat sy tu....diorang kata dah selalu org kene mende ni..kadang2 'bende' tu pulak yang akan bercerita...lagi2 bilik tingkat 4 sebelah tandas...bilik sy masa tu memang sebelah dgn tandas...diorang kata lagi kat tandas tu penah ada pekerja yg buat binaan mati tercucuk besi..sebab tu lah lantai tandas tu tak rata...tak tau lah tak rata sebab apa...takkan mayat pekerja yang mati tu kene tanam jer...tapi part tu sy tak caye...ehmmm..memang seram gak tandas tu...memang takde org masuk tandas tu..sampai lah tandas tu di tutup dan dipalangkan dengan kayu..
Pengajaran dari kisah ni untuk adik2 yg nak masuk asrama korang kenalah jaga percakapan dan adab walaupun kat bilik sendiri..jgn terpekik2 ketawa dan bermain tak ingat dunia mcm akak dulu..sebab Kadang2 selain manusia kat dunia ada juga makhluk ghaib yang tinggal bersama kita contohnya jin dan syaitan.kalau kite bising2, ketawa terpekik2...bende ni memang terganggu jugak..'bende' ni pun nak ada privasi juga kot...So, kalau terkene bende mcm ni..korang kena kuatkan semangat..yg penting solat jgn tinggal..amalkan membaca Al-Mathurat setiap kali lepas solat maghrib..sgt2 bermanfaat dik..
Lagi satu nak pesan jangan ponteng sebarang aktiviti Asrama yer...
0 comments:
Posting Komentar