Suku Jawa adalah suku bangsa yang terbesar di Indonesia,
dengan jumlahnya di sekitar 90 juta. Mereka berasal dari pulau Jawa dan
menghuni khususnya di provinsi Jawa Tengah serta Jawa Timur tetapi di provinsi
Jawa Barat, Banten dan tentu sahaja di Jakarta,
mereka juga banyak ditemukan.
Bahasa
Sebahagian besar suku bangsa Jawa menuturkan bahasa Jawa
sebagai bahasa percakapan harian. Sebuah tinjauan
pendapat yang dijalankan oleh Majalah Tempo pada awal dekad 1990-an
menunjukkan bahawa hanya sekitar 12% daripada orang-orang Jawa menggunakan bahasa
Indonesia sebagai bahasa pertuturan harian. Sekitar 18% menggunakan
campuran bahasa Jawa dan bahasa Indonesia,
dengan yang lain menuturkan bahasa Jawa sebagai bahasa utama mereka.
Keturunan-keturunan masyarakat Jawa berpendapat
bahawa bahasa Jawa adalah bahasa yang sangat sopan dan mereka, khususnya
orang-orang yang lebih tua, menghargai orang-orang yang menuturkan bahasa
mereka. Bahasa Jawa juga sangat mempunyai erti yang luas.
Kepercayaan
Sebahagian besar orang Jawa menganuti agama Islam pada nama
sahaja. Yang menganuti agama Kristian, Protestan dan Katolik juga banyak, termasuknya di kawasan luar bandar,
dengan penganut agama Buddha dan Hindu juga ditemukan
di kalangan masyarakat Jawa. Terdapat juga agama kepercayaan suku Jawa yang
disebut sebagai agama Kejawen. Kepercayaan ini pada dasarnya
berdasarkan kepercayaan animisme dengan pengaruh agama Hindu-Buddha yang kuat. Masyarakat
Jawa terkenal kerana sifat asimilasi kepercayaannya, dengan semua budaya luar
diserap dan ditafsirkan mengikut nilai-nilai Jawa sehingga kepercayaan
seseorang kadang kalanya menjadi kabur.
Pekerjaan
Di Indonesia,
orang Jawa biasanya ditemukan dalam semua bidang, khususnya dalam perkhidmatan
awam dan tentera. Secara tradisi, kebanyakan orang Jawa adalah petani. Ini
adalah sebabkan oleh tanah gunung berapi yang subur di Jawa. Walaupun terdapat
juga banyak usahawan
Indonesia
yang berjaya yang berasal daripada suku Jawa orang Jawa tidak begitu menonjol
dalam bidang perniagaan dan perindustrian.
Susun lapis sosial
Masyarakat Jawa juga terkenal kerana pembahagian
golongan sosialnya. Pada dekad 1960-an, Clifford Geertz, pakar antropologi
Amerika
Syarikat yang ternama, membahagikan masyarakat Jawa kepada tiga buah
kelompok:
Menurut beliau, kaum santri adalah penganut agama
Islam yang warak,
manakala kaum abangan adalah penganut Islam pada nama sahaja atau penganut Kejawen, dengan kaum priyayi merupakan kaum
bangsawan. Tetapi kesimpulan Geertz ini banyak ditentang kerana ia mencampurkan
golongan sosial dengan golongan kepercayaan. Pengelasan sosialnya juga dicemari
oleh penggolongan kaum-kaum lain, misalnya orang-orang Indonesia yang lain
serta juga suku-suku bangsa bukan pribumi seperti keturunan-keturunan Arab, Tionghoa dan India.
Kesenian
Orang Jawa terkenal kerana kebudayaan seni yang
sebahagian besarnya dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha,
iaitu pementasan wayang.
Repertoir cerita wayang atau lakonan
sebahagian besarnya berdasarkan roman kesateriaan Ramayana dan Mahabharata.
Walaupun demikian, terdapat juga pengaruh Islam serta Dunia Barat.
Stereotaip orang Jawa
Orang Jawa terkenal sebagai suku bangsa yang
sopan dan halus, tetapi mereka juga terkenal sebagai suatu suku bangsa yang
tertutup dan tidak mahu terus terang. Sifat ini konon berdasarkan sifat orang
Jawa yang ingin memeliharakan keharmonian atau keserasian dan
menghindari pertikaian. Oleh itu, mereka cenderung diam sahaja dan tidak
membantah apabila tertimbulnya percanggahan pendapat. Salah satu kesan yang
buruk daripada kecenderungan ini adalah bahawa mereka biasanya dengan mudah
menyimpan dendam.
Orang suku Jawa juga mempunyai kecenderungan
untuk membeza-bezakan masyarakat berdasarkan asal-usul dan kasta atau golongan
sosial. Sifat seperti ini dikatakan merupakan sifat feudalisme
yang berasal daripada ajaran-ajaran kebudayaan Hindu dan Jawa Kuno yang sudah diyakini secara
turun-temurun oleh masyarakat Jawa sehingga sekarang.
Tokoh-tokoh Jawa
- Abdurrahman Wahid, bekas Presiden Republik Indonesia
- RA. Kartini, pahlawan negara
- Michelle Branch, penyanyi antarabangsa berketurunan Jawa
- Suharto, bekas Presiden Republik Indonesia
- Sukarno, pengasas negara serta bekas Presiden Republik Indonesia
- Susilo Bambang Yudhoyono, Presiden Republik Indonesia
- Megawati Soekarno Poetri, bekas Presiden Republik Indonesia dan sekaligus presiden wanita pertama di indonesia
0 comments:
Posting Komentar